Thursday, January 22, 2009

masih adakah cinta?

Hari ni hari yang sangat memenatkan. kelas ku dari pagi sampai ke petang. penatnye nauzubillah! hurm. aku x taw nak post ape hari ni tp aku nak post gak. x kire! hehe. ok la,ari ni ku de satu cite yang ku nak kongsi ngan korang pasal kawan aku.

kawan aku ni pompuan namenye Z n kawan kepada Z adalah F. kisah bermula...

Z mula kenal F ni waktu kat bangku sekolah lagi,form 2 time tu. Ala tengah miang-miang nak kawan ngan laki la katakan. lagi-lagi F ni budak baru kat sekolah tu,kire jadi tumpuan kejap la dak tu. Z pun ape lagi x de maknenye die nak lepaskan peluang keemasan untuk kenal si F ni. mula-mula F cam layan sikit-sikit je kat Z,bajet segan-silu la kan walaupun die lelaki.

Setelah setahun hanya tegur-tegur malu...

waktu tu mereka dalam tingkatan 3. nak ambik PMR pun nak gedik-gedik lagi. ish2! ok,berbalik kpd cerita. F memulakan langkah yang pertama untuk cuba rapat dengan Z. mula-mula Z cam pelik jugak la,ye la dulu tegur sikit-sikit kat sekolah sekarang dah start main-main mesej pulak. up sikit! Henset pun x pernah nak lekang dari tapak tangan la sebab asyik sangat dok main sms. Setiap kali topup kejap je kredit tinggal separuh. Bajet cam topup bocor gitu! haha...

Akhirnya F mengaku kat Z yang die sebenarnya suka kat Z. Masa tu Z rasa macam halilintar mengelilingi hidup die. pergh,halilintar beb!! die x pernah ada perasaan pelik cam tu kat F, die cube tolak cinta F. tapi F tetap jugak setia memujuk dan sentiasa ada disamping Z sama ada happy atau sedih. macam sweet kan? TAPI Z ni kepala batu ada duduk dalam, die tetap tolak cinta F. masa tu memang kesian tengok F,setia cam pungguk rindukan bulan. ish2!!

Akhirnya setelah hampir setahun F berusaha dan akhirnya Z kalah dengan kesabaran dan kesetiaan F menyayanginya. setahun bukan satu jangka masa yang pendek,cuba banyangkan korang kat tempat die. sanggup ke korang menyayangi orang yang tak sayang kat korang n orang tu selalu care pasal korang? susahkan? tapi bila dengar cerita die,ku tabik spring ngan F sbb setia n sabar sangat ngan cintanye. akhirnya Z kalah ngan kesetiaan F. lalu mereka pun bercinta selama beberapa detik.

Namun,ombak dilautan memukul pantai dengan ganasnya lalu menghanyutkan perahu mereka. Akhirnya kerana pukulan ombak itu,kisah cinta mereka berakhir begitu sahaja. Namun, mereka telah berjanji untuk tetap menjadi kawan baik seperti sebelumnya dan janji itu sedang mereka kotakan sehingga kini. menjadi kawan baik yang diperlukan tak kira waktu, masa, tempat dan keadaan.

Sekiranya Z mempunyai masalah, F seakan mengerti gejolak hati Z lalu dia akan menghantar khabar kat Z.Contohnye macam akan call atau hantar sms. Selain itu, F juga akan cuba untuk jadi pendengar yang setia, beri pendapat dan buat lawak serta loya buruk untuk mengembalikan semula senyuman di bibir Z. (indahnye hidup kalau aku la orang tu!!)

Kini, Z dan F masih sendirian mencari erti cinta yang sejati. adakah Z dan F sebenarnya telah ditakdirkan Allah untuk bersama tetapi detik untuk mereka bersama belum tiba?

bile member aku cerita kat aku pasal ni, aku rase cam F tu gile sabar layan kerenah Z yang entah pape tah. CINTA, KASIH, SAYANG adalah milik dan hak semua orang untuk menyayangi Allah, Nabi dan Rasul, Malaikat, ibu yang telah mengandungkan kita, bapa yang membanting tulang mencari sesuap nasi, adik-beradik, SESORANG YANG TERISTIMEWA DI HATI KITA dan kawan-kawan.

Buat kawan-kawan,hargailah mereka yang menyayangi kita. Jangan bila kita dah hilang kasih sayang mereka baru kita tersedar dari mimpi... masa tu da x de makne dan dah rugi sangat!

No comments: