Sunday, July 12, 2009

outing..

ros, yana n me..

semalam first time la outing ngan ros n yana(roommate). hehehe. seriously x sangka diorang memang sengal tahap gile. cube bayangkan, tgk couple yang tgh masyuk berdarling2 tu pun diorang leh jadikan bahan utk gelak. x faham tol aku. haha.. nampak sangat sengal n mental tuh!

kitorang outing pi segamat town(aten yang soh tuko) je, x jauh pun around 20mins from uitm. nak pi pekan kenela naik bas kuning uitm(yang cam da agak uzur) dengan tambang rm2. uzur pun uzur la, asalkan aku dapat release tension kat pekan tu. kire alrite aje lah. semalam kitorang baru kasi name baru kat bas kuning tu. kitorang kasi name "roller coaster". haha.

nak dijadikan cerita cam ne leh dapat name "roller coaster" tu. aku, yana ngan ros dapat duduk kat seat belakang sekali. then on the way pi segamat tu, bas ni bumping gile bapak ah.. sampai kitorang rase cam tgh naik roller coastar. haha. tinggi x imaginasi kitorang? tu yang terus melekat name roller coaster tu. :). kene kasi special thanks to ros la kot coz she has come up with a great new name for our bas kuning. hahaha..

tujuan asal nak pi segamat tu just nak beli few things je. aleh-aleh bile da sampai town, macam-macam yang diborong sampai x cukup tangan lah.. ish2, anak dara zaman sekarang. hehe.. mula-mula kitorang pi anta past sem kat kedai apek mane tah. si yana yang tunjuk jalan, aku ikut je. hehe. then bersambung ke kedai kasut pulak sbb kasut aku da nazak. huhu.

da penat try2 kasut aku pun beli la satu. sian lak kat salesgirl yang layan aku tu. confirm dalam hati die kate "cerewet tol dak sekor ni!". haha. aku x kesah! then perjalanan bersambung ngan pi masuk kedai sepit rambut. x de la mahal sangat pun aku beli,ok la nak mencepit rambut aku yang cam kene kejutan elektrik ni(kadang2). haha. da abes rm30 lebih duit aku. baru masuk 2 kedai,lom masuk kat pak belon a.k.a billion lagi. adeyh2!!

kat billon lain lak citenye,bende yang x de dalam list pun leh jadi ade contohnya gula-gula utk kelas law, pembuka tin, kotak buku n macam2 la. yang gula-gula tu leh terima lagi la sbb klu x, confirm cam last week tido kat dalam kelas. bertuah tol aku nih.. hehehe... sian lecturer tu membebel sorang-sorang kat depan..

pas penat ukur pak belon,kami pi melantak kat mcD sat. first time la sem ni pi makan kat mcD segamat tu. cam excited sangat la. hehe. kat mcD tu ramai gak student UiTM kat situ. ramai gak la yang aku jumpe, kebanyakannye dak part aku la.. aku makan
bubur ayam+set chicken spicy, ros lak mula-mula nak makan happy meal tapi entah ape yang x de so x jadi(cam dak2 kan? ish2..). so die pun makan set big mac ngan eskem . yana makan paling murah antara kitorang. die just beli set big mac je.. alhamdulillah kenyang, klu x kenyang aku x taw le nak cakap pe. then pas mengabiskan masa dalam sejam cam tu, kitorang pi ukur jalan ke kedai rm2. saje-saje nak tengok pape barang yang murah. last2 x beli pape pun, wat penat jalan je. then pi kat kedai fairytales lak sbb aku ngan yana nak beli rapping paper utk DOL(Documentation of Learning). kat situ yana la yang paling sakan memborong rapping paper. hehe.

sedapnye..

abes beli rapping paper tu,kitorang patah balik pi amek past sem far kat kedai fotostat. aduhai,cam nak tercabut kaki aku ni berjalan kat tengah2 panas tu. nasib baik x itam, klu itam jatuh saham aku yang tak berape nak tinggi ni. hehe. perasan!

da abes sesi jelajah-menjelajah segamat town aku pun pergi la membeli dinner yang x seberape. malam x leh makan berat,makan ringan2 je. diet la katekan. utk dinner aku makan burger segamat. ya Allah sedapnye penuh ngan lemak dan berkrim dan disukai ramai. sedapnye hingga menjilat kuku lah senang cite.. hehe.. alang-alang tu,ros belikan aku air kelapa,haus sangat. almaklum,panas-panas then ngan penjelajahan yang sangat jauh mane tekak x kering. sampai skang aku masing tingat keenakan air kelapa yang x seberape tu.. hehe..

akhirnye,kitorang kembali semula ke UiTM dengan menaiki roller coaster yang sama dengan selamatnye. haha. Alhamdulillah. seronok perjalanan semalam xkan dapat aku lupakan walaupun memenatkan.. :)

Wednesday, July 8, 2009

kenangan terindah.. :)

ari ni penat sangat, kelas starts from 10 a.m until 4 p.m. nasib baik fateen balik klas awal. if not, confirm aku telajak. almaklum,malam tadi konon2 jadi heroin malam tido lambat. stay up till 230 la katakan. Online punya pasal.ceyh, nyampah dengar!

after 4 p.m aku ngan halim pergi jumpa ketua program(KP) miss emalin kat bilik die coz nak settlekan masalah kitorang yang x de klas. actually subject FAR200 n LAW240 aku x dapat register coz klas dah tersangat penuh. then kene la mintak permission KP n lecturer untuk besarkan klas tu. leceyh tol! siap kasi memo n soh tandatangan bagai la... penat gak sbb mula2 panjat tangga nak pi bilik KP, then kene tunggu n ade lak minah2 gedik yang x sedar diri men sedap redah potong line. kureng asam jawa tol! pastu kitorang pi block A lecturer tapi malangnya Puan Zakiah xde dalam bilik. ketuk punye ketuk x berjawab last2 anta le msg kat die tanya


"salam, puan ada kat mana. saya ingat nak jumpa puan. saya kat depan bilik puan". Die reply msg "saya sekarang berada di luar UiTM"

aduhai, penatnya. tapi aku ngan halim gagahkan gak diri kitorang ni pi panjat plak tangga block B lecturer tu. alhamdulillah, nasib kitorang baik kali ni. Puan Siti ade kat bilik die, in 5 mins talk then kitorg dapat signiture die. aku ngan halim happy gile la time kuar bilik die. siap koyak senyum sampai ke cuping telinga lah. hahaha..

sampai kat bilik, aku ngan roommates pi angkat kotak yang aku letak kat stor before sem break ari tu. ya Allah,berat gile kot kotak tu sampai aku cam da nampak bintang2 kat langit.. rase cam nak pitam, nk patah pinggang, peluh pun dah membasahi t-shirt purple aku. aduhai,belengas gile la senang cite! dalam proses utk angka- mengangkat kotak tu, bape puluh kali kitorg stop. sampai tergelak2 ngan pelbagai aksi sendiri sbb nak angkat 1 kotak tu je. lawak lak bile fikir balik. haha..


just now, aku baru abes attend meeting wing. aduhai x pasal2 nama aku naik jadi WING CAPTEN JULY-NOV 09. Aduhai capek dong!! ni sume akal2 kak ally la ni yang saje2 pi sebut nama aku. x pasal je jadi dak baik sem ni. tapi da orang bagi tugas, kene la jalankan amanah tu ngan sebaiknya. aduhai,tapi segan la pulak. da la aku baru part 3 n muda lagi. hahaha. tadikan aku pi bilik ke bilik nak ambik nama diorang sbb JPK nak list nama dak wing, ade la plak orang kate "kaco je orang nak tido!" pergh,berasap telinga aku! tapi sabo je la.. malas nak layan.m wat penat je gadoh2 ngan orang.

k la,nak pi tido.. sok klas pagi n aku letih sangat.. semoga hari2 lepas ni akan lebih happy dari hari sebelum2 ni.. :)

cat? tebalnya!

now, the semester break comes to an end. through out the sem break aku x wat pape pun, just melangut tgk tv kat umah n layan kerenah adek yang kadang2 menjengkelkan jiwa ragaku. but it's ok. Marah2 pun but still die tetap adek kesayangan aku. hehehe..

4/7/09...hari yang dinanti-nantikan da pun tiba. i have to go back to segamat for check in hostel. comel je bunyi "check in hostel". after 2 months break, UiTM dah banyak berubah. macam cat kat dinding tu da tukar kaler purple, pintu bilik kaler purple gelap(ok la wlupun a bit dark!) n renovation blok(menggerunkan). kadang tu takut gak bile fikir mat I n B yang keje tu tapi ku ngn roommates tawakal je la dok dalam bilik nih. n don't forget to kunci pintu!

rindunye kat adek sampaikan aku demam masuk ari ni da 5 ari..ish2, ni la rutin aku every sem. 1st week je confirm penawar la tempat yang aku cari. penawar tu klinik kat uitm. glemor kan nama nya. hehe. doc cakap badan aku panas sikit tapi nasib baik tekak aku x bengkak. alhamdulillah...


klas lak da stat skit2.. lecturer sume ok2 belaka. best gak la cam klas mgt215 ngan ms zuer mmg gempak la klas die. die da bgtaw utk chapter presentation she wants us to sing a song . for bulan puasa, she wants us to sing lagu raya. aduhai,i can't imagine it! confirm malu weyh!! ok,for other subjects lak lecturer so far ok. alhamdulillah, best2 gak wlupun de gak yang membuatkan ku enak tertidur. tapi x pe.. semangat kene kuat!! chayok2!!

sebelum aku terlupa cam mak nenek, aku nak cite 1 cerita yang agak menyengalkan dan menjengkelkan pasal mamat2 yang mengecat tu la. bende ni jadi kat blok mmbr aku yang x berape jauh dari blok aku. kes ni jadi kelmarin pagi dalam kul 8pg waktu tu aku tgh syok terbongkang kat dalam bilik sbb klas kul 10pg. ade 2 ekor en. pengecat ni, die naik 1 kren dengan alasan nak mengecat dinding luar toilet tingkat 2. kren tu sepatutnya utk sorang naik je. tapi nak dijadikan cerita, diorang tu sebenarnya bukanlah nak mengecat dinding toilet tu sangat tapi lebih kepada nak mengintai anak2 dara yang kat dalam toilet tu. cubelah bayangkan, dinding tu baru je cat tapi still nak cat lagi(tu yang aku x faham tu). lamaya diorang mengecat dinding yang dah bercat tu korang taw bape minit? 120 minit beb.. maksudnya 2 jam lah diorang bertenggek kat atas kren tu sambil mata kat toilet. n aku x boleh bayangkan bape ramai anak dara yang die da dapat tgk free show. ya Allah,sungguh memalukan! bape tebal cat yang dah bertepek kat dinding tu pun aku x tahu. ish2.. kurang aja sungguh mereka itu. last2 sekali,nasib baik pak u.k(unit keselamatan) tu perasan so die pi tegor..klau x confirm lagi ramai la mangsa free show tu! takut n seram kot!!

hurm... ok la.. ku nak tido dulu.. tomorrow klas FAR200 kul 10pg n MAF220 kul 4ptg.