Tuesday, January 20, 2009

kamu bukan aku..

Hari ni ku sedar sikit la tentang ape tu kawan.. kawan yg baik tu datang x kire kite susah atau senang, sederhana pun ok jugak! x kire panas atau hujan... mendung pun boleh jugak la.. hurm, untuk cari kawan yang sejati bukan mudah mungkin 1 dalam 100 atau 1000.. pergh, cam tu aku kene wat survey sorang-sorang la sapa yang sudi jadi kawan aku. haha..

Tapi kawan aku si A ni, ku fikir die kawan yang baik untuk aku tapi jeng jeng jeng. Ternyata tanggapan ku salah dan menyempang ke simpang yang lain.. aduyh, dah tu susah pulak nak wat u-turn. Cam ne la aku leh dapat kawan seperti ini? Haih!

Ok,kite tutup pasal kawan-mawan ni. ku nak cite pasal study aku yang x seberapa ni..

Hurm, walaupun assignment aku yang banyak menimbun macam sampah kat tepi toilet tu, namun ku kuatkan juga jiwa dan ragaku untuk membuatnya.. ceyh,jiwa raga taw! walaupun sekadar cari info yang x seberapa kat dalam bende canggih yang berbentuk segi 4 ni tapi ia telahpun merompak masa malam remaja ku.. miahahaha...

Kisah assignment ku yang kedua, subjek CTU dengan ustazku yang penuh dengan falsafah bersama teori hidupnya. Kelasnya berlangsung pukul 12tghr masa ku tengah gila kelaparan, die sedang membebel memberi penerangan tentang subjek agama itu. Ouh tidak,perutku sudah pun memainkan irama hard rock+metal akibat kelaparan yang teramat sangat. Lalu melihatkan muka kami yang harganya lebih kurang 10$ kerana kelaparan, die dengan bermurah hati dan gembiranya memberikan kami assignment. Aku dapat tajuk politik dalam islam dan nak kene cari kisah tauladan pulak. entah bile pulak aku nak carik kisah tauladan kanak-kanak ni.. haha... tunggu dan lihat sahajalah hasilnya nanti!


No comments: