Friday, January 30, 2009

cutikah aku?

Haih, lama rasanya ku tak tulis pape kat blog ni. Windu jugak rasenye tapi ku x de masa sangat nak menulis. Aceyh,alasan je tuh!sebenarnye ku tak de idea pape nak tulis. miahaha.. alasan belaka ku ni!

Sekarang ni ku cuti seminggu tapi cam tak cuti je ku rasa. Assignment punye lah menimbun cam x ingat dunia. Aduh,pastu bile masa lagi ku nak pergi merayap. Ku tak kire, assignment tak assignment ku tetap kuatkan ati untuk keluar mengukur jalan bersama keluarga tercinta dan kawan-kawan yang sengal-sengal belaka.

Semalam ku pergi merayap-rayap kat TIMES SQUARE walaupun dalam keadaan demam. hehe. setelah sekian lama tak masuk TS, akhirnya ku masuk jugak TS tu. hehe. Best sebab dapat cuci mata ngan baju-baju n sepatu baru tapi ongkos ngak ada jadi diam-diam je la. walaupun murah! aduh, sedeyh2!


Ok berbalik pada siapa yang menemaniku semalam. semalam ku dapat luangkan masa emasku bersama rakan-rakan seperjuangan di zaman anak remaja ku di bangku sekolah. mereka adalah ET n SHA. ET n SHA terima kasih untuk semalam, kalian telah membahagiakan hariku. nasib baik ku x masuk "taman bahagia" oleh aksi-aksi lucu kalian. haha. terubat juga rindu ku pada kalian. :)

Pada sahabatku yang lagi sorang yang paling manja antara semua, terima kasih sebab selalu ada disamping saya waktu saya gelak ketawa atau menangis hiba. Terima kasih sebab sabar layan kerenah saya yang entah hape2 ni.tapi saya nak minta maaf kat awak sebab saya mungkin tak pernah jadi orang yang boleh buat awak tersenyum balik bila awak tengah bersedih macam yang awak buat kat saya. Saya memang tak dilahirkan untuk pandai buat lawak macam awak. hurm.

Malam ni entah pukul berapa pulak ku nak tidur, haih.. tak pe assignment ku hampir siap.. tu yang paling menggembirakan ku. hehe. Selamat malam semua, semoga dapat tidur nyenyak malam ni.. :)

Thursday, January 22, 2009

masih adakah cinta?

Hari ni hari yang sangat memenatkan. kelas ku dari pagi sampai ke petang. penatnye nauzubillah! hurm. aku x taw nak post ape hari ni tp aku nak post gak. x kire! hehe. ok la,ari ni ku de satu cite yang ku nak kongsi ngan korang pasal kawan aku.

kawan aku ni pompuan namenye Z n kawan kepada Z adalah F. kisah bermula...

Z mula kenal F ni waktu kat bangku sekolah lagi,form 2 time tu. Ala tengah miang-miang nak kawan ngan laki la katakan. lagi-lagi F ni budak baru kat sekolah tu,kire jadi tumpuan kejap la dak tu. Z pun ape lagi x de maknenye die nak lepaskan peluang keemasan untuk kenal si F ni. mula-mula F cam layan sikit-sikit je kat Z,bajet segan-silu la kan walaupun die lelaki.

Setelah setahun hanya tegur-tegur malu...

waktu tu mereka dalam tingkatan 3. nak ambik PMR pun nak gedik-gedik lagi. ish2! ok,berbalik kpd cerita. F memulakan langkah yang pertama untuk cuba rapat dengan Z. mula-mula Z cam pelik jugak la,ye la dulu tegur sikit-sikit kat sekolah sekarang dah start main-main mesej pulak. up sikit! Henset pun x pernah nak lekang dari tapak tangan la sebab asyik sangat dok main sms. Setiap kali topup kejap je kredit tinggal separuh. Bajet cam topup bocor gitu! haha...

Akhirnya F mengaku kat Z yang die sebenarnya suka kat Z. Masa tu Z rasa macam halilintar mengelilingi hidup die. pergh,halilintar beb!! die x pernah ada perasaan pelik cam tu kat F, die cube tolak cinta F. tapi F tetap jugak setia memujuk dan sentiasa ada disamping Z sama ada happy atau sedih. macam sweet kan? TAPI Z ni kepala batu ada duduk dalam, die tetap tolak cinta F. masa tu memang kesian tengok F,setia cam pungguk rindukan bulan. ish2!!

Akhirnya setelah hampir setahun F berusaha dan akhirnya Z kalah dengan kesabaran dan kesetiaan F menyayanginya. setahun bukan satu jangka masa yang pendek,cuba banyangkan korang kat tempat die. sanggup ke korang menyayangi orang yang tak sayang kat korang n orang tu selalu care pasal korang? susahkan? tapi bila dengar cerita die,ku tabik spring ngan F sbb setia n sabar sangat ngan cintanye. akhirnya Z kalah ngan kesetiaan F. lalu mereka pun bercinta selama beberapa detik.

Namun,ombak dilautan memukul pantai dengan ganasnya lalu menghanyutkan perahu mereka. Akhirnya kerana pukulan ombak itu,kisah cinta mereka berakhir begitu sahaja. Namun, mereka telah berjanji untuk tetap menjadi kawan baik seperti sebelumnya dan janji itu sedang mereka kotakan sehingga kini. menjadi kawan baik yang diperlukan tak kira waktu, masa, tempat dan keadaan.

Sekiranya Z mempunyai masalah, F seakan mengerti gejolak hati Z lalu dia akan menghantar khabar kat Z.Contohnye macam akan call atau hantar sms. Selain itu, F juga akan cuba untuk jadi pendengar yang setia, beri pendapat dan buat lawak serta loya buruk untuk mengembalikan semula senyuman di bibir Z. (indahnye hidup kalau aku la orang tu!!)

Kini, Z dan F masih sendirian mencari erti cinta yang sejati. adakah Z dan F sebenarnya telah ditakdirkan Allah untuk bersama tetapi detik untuk mereka bersama belum tiba?

bile member aku cerita kat aku pasal ni, aku rase cam F tu gile sabar layan kerenah Z yang entah pape tah. CINTA, KASIH, SAYANG adalah milik dan hak semua orang untuk menyayangi Allah, Nabi dan Rasul, Malaikat, ibu yang telah mengandungkan kita, bapa yang membanting tulang mencari sesuap nasi, adik-beradik, SESORANG YANG TERISTIMEWA DI HATI KITA dan kawan-kawan.

Buat kawan-kawan,hargailah mereka yang menyayangi kita. Jangan bila kita dah hilang kasih sayang mereka baru kita tersedar dari mimpi... masa tu da x de makne dan dah rugi sangat!

Tuesday, January 20, 2009

antara kami ada SMA'AH HAAMS..

hari ni x de ape yang menarik sangat nak cerita cume jan 21 2009 ni birthday kawan ku. kire hari ni la memandangkan jam pun dah tunjuk kul 12.

Birthday present ni kitorang rancang lebih kurang 3 minggu yang lalu. lame gak kan! Macam-macam idea lah yang keluar sama ada releven atau x.. hahaha.. tapi tu moment terindah antara kami bertiga! Akhirnya lebih kurang dalam last 2 weeks kami decide nak kasi die cam note yang letak kat dalam botol ataw bekas. tu pun jadi masalah gak sebab botol tu bentuk pompuan macam bentuk love, kaler pink la n bla2... hahaha.. akhirnya kami beli bekas yang agak unik n ku x taw pulak namanye.. miahaha..

Syarat bende ni, note tu xleh kasi orang lain baca. memang best lah kire masing2 leh luah pendapat pasal die dgn free. hahaha.. bile fikir balik ape yang kite bagi tu rase cam lawak lak..Tadi birthday present tu dah pun sampai kat tangan die dengan selamatnye. Tapi sayangnye aku tak ade kat situ sebab ade hal sikit. Almaklumla tengah diserang batuk2 ni, maleh nak keluar g jumpa orang. Hurm,agak rugi la tapi x pe.. bende da lepas..

Bile dapat je hadiah tu die terus bukak n baca satu-persatu depan si S n A. hahaha.. kre da x de rahsia lagi la antara kitorang.. kantoi abis la ape yang nak rahsia tu hahaha.. tapi x pe.. Setiap kami bertiga berbeza karakter n pendapat so x de pape la nak dipelikkan kot.. contohnye si S,die lebih suka mengutuk si M, kalau A pulak die lebih kepada jiwang-mawang ni, n aku lebih memberi nasihat.. aceyh,bajet baik la pulak! hahaha...

Alhamdulillah die happy dapat hadiah tu n die tersentuh sangat even die lelaki.. aku taw semua manusia kat dunia ni ade hati n perasaan. jadi x salah kalau die nak tersentuh dengan hadiah tu.. :D

Untuk M, Happy Birthday.. sekarang umur da 19 so bertindak lah sebagai seorang yang lebih matang n semoga hidupmu lebih bahagia.. Amin.. :)

kamu bukan aku..

Hari ni ku sedar sikit la tentang ape tu kawan.. kawan yg baik tu datang x kire kite susah atau senang, sederhana pun ok jugak! x kire panas atau hujan... mendung pun boleh jugak la.. hurm, untuk cari kawan yang sejati bukan mudah mungkin 1 dalam 100 atau 1000.. pergh, cam tu aku kene wat survey sorang-sorang la sapa yang sudi jadi kawan aku. haha..

Tapi kawan aku si A ni, ku fikir die kawan yang baik untuk aku tapi jeng jeng jeng. Ternyata tanggapan ku salah dan menyempang ke simpang yang lain.. aduyh, dah tu susah pulak nak wat u-turn. Cam ne la aku leh dapat kawan seperti ini? Haih!

Ok,kite tutup pasal kawan-mawan ni. ku nak cite pasal study aku yang x seberapa ni..

Hurm, walaupun assignment aku yang banyak menimbun macam sampah kat tepi toilet tu, namun ku kuatkan juga jiwa dan ragaku untuk membuatnya.. ceyh,jiwa raga taw! walaupun sekadar cari info yang x seberapa kat dalam bende canggih yang berbentuk segi 4 ni tapi ia telahpun merompak masa malam remaja ku.. miahahaha...

Kisah assignment ku yang kedua, subjek CTU dengan ustazku yang penuh dengan falsafah bersama teori hidupnya. Kelasnya berlangsung pukul 12tghr masa ku tengah gila kelaparan, die sedang membebel memberi penerangan tentang subjek agama itu. Ouh tidak,perutku sudah pun memainkan irama hard rock+metal akibat kelaparan yang teramat sangat. Lalu melihatkan muka kami yang harganya lebih kurang 10$ kerana kelaparan, die dengan bermurah hati dan gembiranya memberikan kami assignment. Aku dapat tajuk politik dalam islam dan nak kene cari kisah tauladan pulak. entah bile pulak aku nak carik kisah tauladan kanak-kanak ni.. haha... tunggu dan lihat sahajalah hasilnya nanti!